Pasukan TARTS di Gunung Kinabalu 2009


Sunday, November 30, 2008

Jamboree-On-The-Air & Jamboree-On-The-Internet

Assalamu'alaikum dan salam contact perdana kepada semua pelawat blogspot saya ini.Baru-baru ini,PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH,telah menganjurkan aktiviti JOTA-JOTI Peringkat Kebangsaan yang bertempat di Rumah Pengakap Sembulan.

Objektif utama aktiviti tersebut diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli-ahli pengakap dari seluruh peringkat umur kepada penggunaan radio amatur serta internet.

Ketua Komanden aktiviti kem tersebut adalah En.Zainuddin Hj.Onon. Manakala En.Rahim (9W6RHM) mengetuai Unit JOTA dan En.Ahmed Tariq mengetuai Unit JOTI. Bilangan peserta yang menyertai aktiviti tersebut adalah seramai 80 orang.

Tarikh aktiviti perkhemahan tersebut adalah pada 17hb November 2008 hingga 19hb November 2008.Tetamu jemputan yang datang merasmikan kem JOTA-JOTI tersebut adalah En.Philip Chin,Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah.

No comments: