Pasukan TARTS di Gunung Kinabalu 2009


Friday, October 2, 2009

Rumah Terbuka 9W6YBB @ TANGO 08

Baru-baru ini,Tango 08 saudara MD.Yusuf ada membuat rumah terbuka di Taman Bukit Sepanggar,Menggatal. Antara yang datang adalah Tango Victor 01 (Wan), Tango Delta 85 (Jaiman), Tango Sierra 26 (Runcie),Tango Romeo 48 (Osman).

Saturday, February 28, 2009

Aktiviti Pembaikan Pemancar Ulang-Alik

Tuaran: Pasukan Tarts dibawah penyeliaan Tango 01,sedang membaik pulih keadaan pemancar ulang-alik di beberapa tempat.Tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pasukan TARTS yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan aktiviti tersebut.

Mega Eyeball Di Malanggang,Kiulu

Tuaran: Aktiviti TARTS pada hujung tahun adalah aktiviti megal eyeball antara Tuaran dengan Ranau di Malanggang,Kiulu.Pihak Tuaran menjadi tuan rumah bagi aktiviti tersebut.Pada masa yang sama,terdapat aktiviti Sukan 4M di Tamparuli.Oleh yang demikian,ahli TARTS Tuaran dan Ranau mengambil kesempatan dengan menyertai sukan 4M anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Sabah.Antara aktiviti yang dijalankan adalah sukan air,berbasikal,berkhemah dan ice-breaking di kalangan ahli TARTS.